Ramai pemilik bisnes rajin berniaga, tetapi masih tidak tahu apa sebenarnya yang perlu direkod. Setiap hari ada jualan, duit masuk, bayar supplier, beli stok dan bayar pekerja.
Tetapi bila ditanya:
“Berapa sebenarnya untung bisnes bulan ini?”
ramai masih tidak pasti. Masalahnya bukan kerana pemilik bisnes tidak pandai berniaga.
Kebanyakan mereka cuma tidak pernah diajar cara merekod bisnes dengan cara yang mudah.
Rekod bisnes ialah catatan tentang apa yang berlaku kepada duit dan urusan bisnes. Enam perkara ini sudah cukup untuk permulaan.
Berapa duit masuk ke dalam bisnes?
Duit itu datang daripada siapa dan untuk apa?
Berapa duit digunakan?
Duit digunakan untuk apa?
Siapa yang terlibat?
Apakah bukti kepada transaksi tersebut?
Tidak perlu mulakan dengan debit dan kredit.
Mula dengan rekod dahulu.
Contoh mudah: sebuah restoran kecil pada satu hari yang agak sibuk.
Kalau transaksi tidak direkod, owner hanya nampak duit masuk dan keluar. Tetapi tidak nampak cerita sebenar di belakang duit tersebut.
Jawab dengan jujur. Tiada siapa melihat. Ini cuma untuk Tuan/Puan sendiri.
Berapa jumlah jualan bisnes bulan ini?
Berapa jumlah perbelanjaan?
Siapa pelanggan yang masih belum bayar?
Berapa invoice yang sudah dikeluarkan?
Berapa sebenarnya keuntungan bisnes?
Rekod bisnes Tuan/Puan mungkin masih belum cukup tersusun.
Ini normal. Ramai pemilik bisnes berada di tempat yang sama — bukan sebab tidak rajin, tetapi kerana tiada cara yang mudah untuk merekod.
Mari kita faham bagaimana hendak membetulkannya ↓Rekod Tuan/Puan nampak agak tersusun.
Bagus. Langkah seterusnya ialah memastikan rekod itu konsisten setiap bulan, bukan hanya bila diperlukan.
Mari kita faham bagaimana hendak mengekalkannya ↓LHDN dan percukaian bukan sebab utama bisnes perlukan rekod. Manfaat sebenar rekod dirasai sepanjang tahun.
Tahu sama ada jualan dan keuntungan semakin baik atau sebaliknya.
Kenal pasti produk, pelanggan dan kos yang memberi kesan kepada bisnes.
Invoice, transaksi dan maklumat pelanggan lebih mudah dicari.
Bila rekod dibuat sepanjang tahun, urusan hujung tahun menjadi lebih mudah.
Jangan berniaga 12 bulan tetapi hanya mula fikir tentang rekod pada bulan ke-12.
Bank statement menunjukkan duit bergerak.
Rekod bisnes menerangkan kenapa duit itu bergerak.
Apa yang berlaku?
Simpan buktinya.
Pastikan betul.
Pastikan transaksi sudah direkod dengan betul — sekali seminggu pun sudah cukup.
Jangan cuba buat semuanya sekaligus. Bina tabiat sedikit demi sedikit.
Tonton 6 Video Cara Rekod Manual →Seorang home baker menjual 2 kek × RM80. Jumlah RM160.
Itu sahaja maklumat yang ada. Sebulan kemudian, owner sendiri sudah lupa duit ini datang dari mana.
Sekarang RM160 itu mempunyai cerita.
Apa yang berlaku?
Siapa yang terlibat?
Apa bukti transaksi?
Apa + Siapa + Bukti = Rekod yang lebih berguna.
Betul. Tetapi kecil itu tidak bermakna sedikit. Cuba kira semula.
Masalah kecil yang tidak mempunyai sistem akan menjadi masalah besar apabila bisnes berkembang.
Sistem tidak dibina apabila bisnes sudah besar.
Sistem membantu bisnes menjadi besar dengan lebih teratur.
Sistem yang terlalu kompleks menyebabkan owner malas menggunakannya. Untuk bisnes kecil, rekod yang baik perlu:
Sistem yang mudah membantu membina tabiat.
Pemilik bisnes perlu memahami bisnes sendiri. Tetapi tidak semestinya perlu menjadi pakar debit dan kredit.
Bacaan pendek untuk pemilik bisnes yang mahu faham asas rekod tanpa istilah yang mengelirukan.
Kenapa duit dalam bank bukan ukuran untung bisnes.
Susunan mudah supaya invoice senang dicari bila perlu.
Satu langkah kecil yang menjadikan rekod jauh lebih jelas.
Apa yang perlu ditulis untuk setiap perbelanjaan bisnes.
Senarai ringkas dokumen yang patut ada dalam bisnes kecil.
Semakan 15 minit yang menyelamatkan hujung tahun Tuan/Puan.
Kami membina EzyAkaun berdasarkan satu idea yang sangat mudah:
Pemilik bisnes tidak sepatutnya perlu menjadi pakar akaun hanya untuk membuat rekod bisnes dengan lebih baik.
EzyAkaun membantu pemilik bisnes kecil merekod dan menyusun urusan bisnes dengan cara yang lebih mudah.
Tujuannya bukan untuk menjadikan owner seorang akauntan. Tujuannya adalah untuk membantu owner faham apa yang sedang berlaku di dalam bisnes sendiri.
Masukkan transaksi dalam beberapa saat sahaja.
Hantar invoice kemas kepada pelanggan tanpa fikir format.
Resit dan bukti bayaran tersimpan pada transaksinya.
Nampak jualan, perbelanjaan dan tunggakan dalam satu tempat.
Mula satu transaksi pada satu masa.
MULAKAN EZYAKAUN Belajar Merekod Guna Kaedah ManualTidak perlu tunggu hujung tahun. Tidak perlu tunggu bisnes besar. Tidak perlu tunggu sampai semuanya berterabur.
Mula hari ini.